Tugasan Dr.Rosseni
REFLEKSI DDR
20/06/2022
20/06/2022
TOPIK 1: Pengenalan Penyelidikan Pembangunan Media
Kelas hari ini berkaitan dengan:
Topik 1: Pengenalan Penyelidikan Pembangunan Media
Topik 2: Model ID – Model Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran
Topik 3: Teori Pembelajaran
Topik 4: Strategi Pembelajaran Bermakna
Topik 5: Kaedah Pembelajaran Berorientasikan Masalah & Berasaskan Projek
Modul Nilai untuk 3 topik asas:
Topik 1: Pendidikan Teknologi Disepadukan Nilai
Topik 2: Pendidikan Disepadukan Nilai
Topik 3: Nilai dalam Pembentukan Masyarakat Sejahtera
Dr.Rosseni menerangkan tentang media dan media pembelajaran,tiga perkara asas dalam pembangunan media pengajaran & pembelajaran.Dalam topik ini saya telah memahami tentang definisi media, pembangunan media pembelajaran dan reka bentuk pengajaran. Secara khususnya, dr menjelaskan Bahama media adalah satu idea yang diterjemahkan dalam bentuk maujud dan disampaikan ke pengetahuan umum. Penyampaian ini boleh diadakan dengan cara media siaran, media cetak, media komunikasi terus mahupun media digital. Hal yang paling pending adalah idea yang kita sampaikan boleh dapat dimanfaatkan dan memberi impak kepada seseorang individu,masyarakat ataupun dunia sejagat.
Seyerusnya , dr Rosseni membincangkan tentang strategi pembelajaran berasaskan-projek berorientasikan masalah untuk memberi pengalaman pembelajaran bermakna yang terdiri daripada banyak komponen iaitu pembelajaran bermatlamat, pembelajaran autentik, pembelajaran aktif, pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran konstruktif. Dalam kursus ini kami memberi perhatian kepada media pembelajaran dan media pengajaran. media pembelajaran bermaksud alat bantu belajar khususnya bagi pembelajaran akses kendiri manakala media pengajaran ialah alat bantu mengajar yang digunakan oleh pengajar semasa pdpr agar pelajar mereka dapat difahami topik-topik tertentu dengan jelas. Model ID didefinisikan sebagai model instructional design ole dr Rosseni. Dalam model ini terdapat 3 perkara asas iaitu penentuan objektif atau hasil pembelajaran,menentukan cara pentaksiran yang akan memberikan jawaban samada pelajar telah dapat mencapai hasil atau objektif pembelajaran yang ditentukan, menentukan strategi pembelajaran untuk membantu pengajar agar pelajar-pelajar mereka mencapai objektif pembelajaran.
Semasa dr menerangkan tentang model id topik tesebut menarik perhatian saya. Pada minggu lepas Dr Norhafizah menerangkan tentang model Id yang berkaitan dengan ADDIE model dan ASSURE. Tambahan pula, dr Rosenni juga mengajar tentang model ini. Saya telah mendapat input dan maklumat yang belas daripada Basil penerangan Dr Rosseni. Bukan itu SahaJa, dr juga menjelaskan tentang model - model lain seperti Reka Bentuk Universal dan Pembangunan Tangkas yang dientuk pada tahun 1999. Model-model tersebut kita boleh menggunakan dalam penyelidikan kita.
Selain itu, Dr Rosseni juga menjelaskan tentang modul nilai iaitu model-model penyelidikan yang kita boleh guna pakai semasa penyelidikan kita. Tajuk pertama ialah Pendidikan Teknologi Disepadukan Nilai dan dikaitkan dari Perspektif Risalah Nur. Daripada pembacaan dan penjelasan yang diberi oleh Dr Rosseni, saya telah memahami tentang sains teknologi tidak perlu dan tidak boleh dipisahkan daripada agama masing-masi ng terutamanya daripada agama islam.
Tambahan pula, dr Rosseni memberi penjelasan tentang nilai dalam pendidikan dan pembentukannya kepada masyarakat yang sejahtera. Semasa dr memberi definisi untuk konsep nilai , saya telah memahami topik tersebut adalah tentang tingkah laku dan nilai murni. Model ini menjelaskan tentang hal penyepaduan nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya ia adalah satu inisiatif untuk membangunkan masyarakat yang sihat dan sejahtera yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan berusaha ke arah mencapai revolusi Perindustrian ke-5. Daripada nota yang diberi Oleg Dr Rosseni, saya dapat mengetahui bahawa model ini bertindak sebagai panduan untuk membantu guru menyedari kepentingan menyatupadukan nilai-nilai ini dalam pelajaran anak murid kita. Sebagai seorang guru, kita perlu mengajar unsur-unsur nilai ini dalam pelajaran dan pengajaran kita. Segelinitir pendidik lupa untuk mengajar nilai-nilai tersebut dałam pengajaran mereka kerana mereka memberi lebih tumpuan untuk menyampaikan kandungan objektif dan berusaha ke arah mencapai objektif yang ditetapkan oleh KPM. Namun begitu, adalah penting juga untuk menyelitkan nilai secara tidak langsung dalam pelajaran kita. Ini kerana, dalam dunia hari ini, kebanyakan pelajar berprestasi cemerlang dari segi akademik.Tetapi dari segi sifat dan nilai sosial, mereka mempunyai kualiti yang tidak baik. Ramai pelajar kurang bimbingan yang betul di rumah kerana ibu bapa mereka bekerja. Justeru, sekolah adalah tempat terbaik untuk mendidik mereka dengan nilai-nilai murni.
Dr.Rosseni memberi penerangan yang jelas tentang topik-topik tersebut dan ia juga amat berguna dan mudah difahami.

REFLEKSI RENGKAS MODEL UDin
27/06/2022
27/06/2022
Kelas hari ini merangkumi:
Fasa 1: Analisis & Kebolehlaksanaan
Fasa 2: Reka Bentuk & Pembangunan
Fasa 3: Implementasi & Penyenggaraan
Fasa 4: Impak & Permodelan
1. Analisis & Kebolehlaksanaan
Fasa ini adalah untuk menganalisis. Model UDin menyediakan alat berguna untuk menilai inisiatif e-pembelajaran atau menentukan faktor kejayaan kritikal mereka. Terdapat banyak cara dalam menentukan kejayaan program e-pembelajaran, dan analisis SWOT yang dilakukan di bawah fasa pertama dalam model ini. ini menunjukkan proses yang berlaku dalam Fasa 1 iaitu peringkat analisis kebolehlaksanaan dan analisis keperluan. Analisis SWOT menunjukkan bahawa menentukan kebolehlaksanaan program adalah penting untuk mengenali kekuatan, kelemahan dan juga peluang untuk membangunkan program yang lebih baik dan efektif. kajian literatur juga boleh dilakukan selain menganalisis dan menentukan kebolehlaksanaan sesuatu program melalui SWOT. Kajian semula akan membantu mengenal pasti jurang dalam kajian lepas. ini akan membantu dalam melaksanakan program dengan berkesan. Analisis keperluan biasanya dijalankan sebagai sub-kajian awal yang melibatkan penyelidikan kualitatif berskala kecil untuk mengenal pasti kandungan penting yang perlu disertakan dalam kursus berkaitan media yang akan dibangunkan.
Ia akan memastikan produktiviti program yang dibangunkan dan membantu memaksimumkan keberkesanannya. Bagi seseorang guru, terdapat banyak bahan yang kita boleh sediakan kepada para pelajar mengajar subjek-subjek tertentu seperti kuiz dalam talian. Selepas melaksanakan kuiz dalam talian, mencipta pendidik menyedari bahawa ada kalanya ia tidak berfungsi dengan berkesan ke atas pelajar. Ini kerana ia tidak memenuhi keperluan sesetengah pelajar. Daripada topik ini, saya telah belajar bahawa pendidik harus mempertimbangkan keupayaan dan keperluan pelajar mereka supaya bahan yang dicipta boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi setiap pelajar.
2. Reka Bentuk & Pembangunan
Fasa reka bentuk ini membentuk dan menyusun atur objektif kajian dan kandungan kajian berdasarkan teori-teori serta model yang bersesuaian dengan kajian. Fasa ini menjelaskan cara bagaimana untuk mencapai matlamat kajian atau output melalui kerangka kajian. Pertama, produk atau media yang dibangunkan perlu memenuhi spesifikasi atau keperluan yang telah ditetapkan dalam Fasa 1.Terdapat 5 elemen dalam Fasa 2. iaitu Kandungan, Teori, Strategi, Pedagogi dan Nilai. 5 elemen ini perlu diserapkan dalam reka bentuk dan pembangunan sesebuah media. Ini juga mempunyai instrumen sebagai senarai semak untuk memastikan sub-elemen setiap elemen disepadukan akan memastikan fasa reka bentuk dan pembangunan yang berjaya.
3. Implementasi & Penyenggaraan
Fasa implementasi adalah fasa kita guna semula dan terapkan apa yang telah direka bentuk dalam fasa kedua. Dalam fasa pelaksanaan ini, ujian kebolehgunaan dilaksanakan secara berpusatkan pelajar untuk mengenal pasti sama ada pelajar dapat mengenali dan mencapai elemen yang disasarkan oleh pereka media atau guru. projek dilaksanakan dengan efisien dan berkesan, penerapan unsur multimedia ke dalam projek seperti gambar, animasi dan audio amat dititikberatkan. Ini diikuti dengan fasa penyelenggaraan, yang dilaksanakan selepas ujian pada akhir fasa pembangunan dan pelaksanaan.Penyelenggaraan ialah proses berterusan yang dilakukan atas dasar untuk membaiki dan membuang pepijat yang dikesan dalam media atau untuk mengubah suai kandungan perisian agar sesuai dengan masa dan keperluan pengguna yang mungkin telah berubah.
4. Impak & Permodelan
Daripada pembacaan saya, fasa ini sebagai fasa penilaian. Saya telah difahamkan bahawa Impak dan permodelan merupakan output bagi pelaksanaan penilaian yang dibuat daripada data kajian yang dikumpul pada akhir pelaksanaan media yang dibangunkan pada fasa sebelumnya iaitu fasa pelaksanaan. Tambahan pula, hasil kajian yang telah dilakukan itu akan diuji bagi mengetahui adakah objektif, matlamat dan kualiti kajian tercapai.Semasa fasa pelaksanaan, data dikumpul untuk menilai media yang dibangunkan supaya penyelenggaraan dapat diteruskan.Terdapat 3 peringkat dalam fasa ini iaitu analisis dan penilaian. Dalam peringkat ini data yang dikumpul dalam fasa ke-3 dimasukkan ke dalam sistem (SPSS).Peringkat kedua pula data yang dikumpul dalam kajian rintis dimasukkan ke dalam SPSS. Peringkat ketiga ialah peringkat pemodelan menggunakan data yang dikumpul daripada kajian sebenar di dalam bilik darjah. Kemudian, semuanya diuji untuk kesahihan dan kebolehpercayaan. Saya mendapat maklumat yang bermanfaat setelah membaca 4 topik ini dalam model UDin. Penjelasan dan contoh-contoh yang diberikan dalam modul penyelidikan memudahkan proses pemahaman saya tentang model tersebut. Kini saya boleh dapat menerangkan secara ringkas apa itu model UDin dan bagaimana ia boleh digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan media pengajaran dan pembelajaran untuk para pelajar. Model ini menjelaskan tentang kepentingan mengikuti 4 fasa pembangunan dan pelaksanaan sesuatu media atau program pembelajaransecara sistematik . Setiap fasa dalam model ini menekankan elemen berbeza yang perlu dipatuhi agar media yang dibangunkan dapat dimanfaatkan dengan baik dalam pendidikan. Saya juga menyedari bahawa model UDin menekankan kepada penyepaduan nilai. Saya percaya bahawa pengetahuan yang saya perolehi akan membantu saya dalam menguruskan strategi pengajaran saya dengan cekap dalam bidang pendidikan dan juga dalam bidang-bidang lain.